Ketua Pelayanan : Thana
(Matius 21:13)
Dan Yesus berkata kepada mereka, “Ada tertulis: Rumah-Ku akan disebut rumah doa.”
Perhimpunan Doa Korporat (CPM) bertujuan untuk memperlengkapi, memampukan dan menggalakkan ahli gereja untuk berdoa secara berterusan dan berkesan, serta menjadikan doa sebagai sebahagian daripada segala yang mereka lakukan. Perhimpunan Doa Korporat diadakan setiap malam Sabtu untuk berdoa syafaat bagi gereja, negara Malaysia, dunia, serta permohonan dan keperluan doa peribadi.