Ketua Pelayanan: Priscila Ulau

Objektif pelayanan wanita Lady Of Victory (LOV) adalah untuk menggalakkan hubungan yang lebih mendalam dengan Tuhan dan sesama, demi pertumbuhan rohani serta kepekaan terhadap hadirat-Nya dalam penyembahan, dan menjadi wanita yang hidup dalam kemenangan seperti yang digambarkan dalam Amsal 31 dengan memberi impak kepada keluarga dan komuniti. LOV mengadakan persekutuan setiap bulan dan mempunyai kumpulan WhatsApp untuk saling memberi dorongan.