Ketua Pelayanan : Priscila Ulau
(Kristus + Kanak-kanak = Pelayanan Kingdom Kidz)
Pelayanan Kanak-kanak Kingdom Kidz wujud untuk menjangkau kanak-kanak bawah dua belas tahun kepada Kristus, seperti yang difirmankan oleh Tuhan: "Biarkanlah anak-anak kecil itu datang kepada-Ku", seperti dalam Matius 19:14.
Tujuannya adalah untuk menghubungkan mereka kepada keluarga Allah, supaya mereka dapat bertumbuh dalam kasih kurnia dan pengetahuan tentang Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, serta mengajar mereka jalan Tuhan seperti dalam Amsal 22:6:

"Didiklah anak itu menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang daripada jalan itu."
Kami berhasrat untuk membantu mereka mengenal tujuan hidup yang diberikan oleh Tuhan, agar mereka dapat menghormati Tuhan dalam setiap perkataan dan perbuatan mereka.
2 Petrus 3:18 & Matius 28:19-20